Resepi Kek Coklat Moist
Assalamualaikum & Greetings~
hi,
harini cek nak share sikit resepi kek coklat moist sikit. resepi simple tapi hasilnya Perrrggghh meletop!
soo, daripada cek dok membebel panjang panjang ni baik cek terus share je resepi ni kannn.
Bahan Bahan nya:
1. tepung gandum
2. secawan gula perang
3. serbuk koko (Van Hauston)
4. susu pekat manis
5. susu dutch lady (full-cream)
6. soda bikarbonat
7. baking powder
8. minyak masak
9. butter
10. 3 biji telur
11. essence vanilla
asingkan bahan bahan untuk tiga adunan.
adunan yang pertama
1. secawan gula perang
2. secawan susu dutch lady
3. 1/2 cawan susu pekat manis
4. secawan minyak masak
5. secawan serbuk koko
masuk, campur dan gaulkan semua bahan tu dalam periuk, dan masak atas api yang kecil sehingga sebati.
adunan yang kedua
1. 1/4 cawan tepung gandum
2. 1 sudu soda bikarbonat
3. 1 sudu baking powder
campur ketiga tiga bahan tu dan masukkan ke dalam bekas. kemudian ayakkan untuk asingkan ketul2.(nk bagi kek x berketul ketul).
adunan yang ketiga
1. 3 biji telur
2. 1 sudu essence vanilla
pecah kan telur dan kacau sehingga sebati dengan essence vanilla tadi.
bila ketiga tiga adunan sudah siap, masukkan adunan ketiga ke dalam adunan yang pertama dan kacau sampai betul betul sebati.
bila dah sebati, masukkan adunan kedua pulak kedalam adunan tadi dan gaul sampai sebati. pastikan tiada ketul-ketulan tepung.
bila semua dah sebati, boleh lah proceed untuk kukus adunan tadi atas api.
kukus selama 1 jam 20 minit.
untuk dia punya topping,
bahan-bahannya:
1. 1 sudu butter
2. 1 cawan serbuk koko ATAU satu bar coklat
3. 1/2 cawan susu pekat manis
campurkan dan masak bahan2 diatas sehingga sebati.
bila kek da siap masak, tuangkan topping kek tu kat atas kek sepuas hati.
siaaapppp. senang kan?
:)
ni video yang cek tengok dari youtube:
banyak lagi cara untuk hias atau buat kek ni. ikut kreativiti anda. :)